:: DEFINISI UPKO
United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO)
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu
Pisompuruan Pasokmomogun Kadazandusun Murut
:: COGAN KATA UPKO
Let's Unite Again
Kita Bersatu Kembali
Misompuru Tokou Wagu
:: LAGU UPKO
UPKO PARTI KITA
Gunung Kinabalu
Itulah lambang parti kita
Berdiri megah memuncak awan
Melambangkan semangat juang.......
UPKO Parti kita
Penggerak minda bangsa jaya
Membimbing rakyat jelata
Menuju ke puncak jaya
CHO:
Marilah bersatu padu
Bersama berganding bahu
Berjuang membela bangsa
Demi mencapai wawasan
UPKO Parti kita
Setia tetap padamu
Menjunjung wawasan negara
Membina bangsa berjaya.
:: LENCANA

Lambang UPKO mengandungi dua unsur iaitu Gunung Kinabalu berwarna biru tua dan berlatarbelakangkan warna putih.
Gunung Kinabalu melambangkan perpaduan dan identiti Anak Negeri Sabah. Gunung Kinabalu juga melambangkan semangat dan keberanian Parti untuk menghadapi segala rintangan demi untuk mempertahankan hak-hak rakyat di negeri ini.
Disamping itu juga Gunung Kinabalu melambangkan kepentingan bersama demi untuk mencapai satu masyarakat berbilang kaum yang demokratik, progresif, bermaruah, berfikiran bebas dan sihat. Latarbelakang warna putih melambangkan keamanan, kebebasan dan keadilan yang dinikmati oleh rakyat Sabah disamping melambangkan wawasan dan kemajuan.
:: BENDERA

Borang permohonan menjadi ahli UPKO boleh didapati di:-
-
Cawangan-Cawangan UPKO
-
UPKO Bahagian
-
Ibu Pejabat UPKO (Penampang)
Sesiapa yang ingin menjadi ahli hendaklah mengemukakan permohonannya dalam borang yang ditetapkan bersama dengan bayaran yuran masuk dan yuran tahunan kepada Setiausaha Cawangan dimana ia memohon untuk menjadi ahli.
:: YURAN KEAHLIAN
Setiap ahli hendaklah membayar Yuran Tahunan kepada Ibu Pejabat Parti melalui Cawangan dan Bahagian.
1. Yuran Tahunan seorang ahli ialah RM1.00.
2. Yuran Masuk ialah RM2.00.
Pembayaran Yuran Tahunan kecuali pembayaran Yuran Masuk ahli baru hendaklah dibayar dalam bulan pertama setiap tahun kewangan.
:: HAK-HAK AHLI
Seorang ahli adalah berhak untuk:
- Menghadiri dan bercakap dalam semua mesyuarat-mesyuarat yang ia berhak untuk hadir.
- Mengundi di semua mesyuarat yang ia berhak mengundi.
- Memegang jawatan yang ia boleh dipilih atau dilantik dalam Parti.
- Mempunyai hak masuk dan menggunakan dengan munasabah akan kemudahan-kemudahan yang diperuntukan oleh Parti.
:: KAD KEAHLIAN
- Semua ahli hendaklah memiliki satu kad keahlian.
- Kad keahlian hendaklah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung.
- Seorang ahli tidak akan diiktirafkan kecuali ia memiliki kad keahlian dan telah membayar Yuran tahunan semasa.
- Majlis Tertinggi boleh membuat peraturan-peraturan berhubung dengan Kad Keahlian.
:: BORANG KEAHLIAN UPKO
:: PERHUBUNGAN
| ALAMAT | : | IBU PEJABAT UPKO Lot 9 & 10, Tingkat 2 & 3, New World Commercial Centre, Pekan Penampang, Peti Surat 420, 89507 PENAMPANG, SABAH. |
| SETIAUSAHA EKSEKUTIF | : | YBHG DATUK ALEX H. MARTIN |
| TELEFON | : | 088-718182, 088-721722, 088-721723, |
| FAX | : | 088-718170 |
| : | This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |