Pembangkang puterbelit SDC kelirukan
rakyat, kata Bobbey
12 February, 2008
(Source: New Sabah Times)
NABAWAN :
Pembangkang putar-belitkan Pembangunan
Koridor Sabah (SDC) untuk kelirukan
rakyat kerana mereka bingung dan tidak
tahu merancang pembangunan.
Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk
Bobbey Suan berkata, pembangkang
menganggap SDC
sebagai gimik politik pilihan raya
kerana mereka sebenarnya tidak tahu apa
yang mereka buat untuk rakyat.
“SDC sebenarnya
adalah pelengkap kepada Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9),” katanya
semasa berucap pada majlis angkat sumpah
Ahli Majlis Daerah Nabawan di bilik
mesyuarat Majlis Daerah di sini pada
Isnin.
Bobbey yang juga
Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri
Makanan Sabah berkata, program
pembangunan yang telah dirancang tetapi
tidak tersenarai dalam
RMK-9 akan
masukkan dalam pelaksanaan
SDC.
Katanya,
SDC yang
dilaksanakan secara menyeluruh di Sabah
termasuk kawasan Pedalaman akan memberi
manafaat kepada semua lapisan masyarakat
dan bukan merugikan dan menghakis hak
rakyat seperti yang didakwa oleh
pembangkang.
Beliau berkata,
peranan sekktor swasta juga perlu bagi
membantu kerajaan melaksanakan
SDC.
Justeru itu
katanya, sektor swasta yang berminat
melabur dalam pelaksanaan
SDC perlu
mendapat kerjasama dari masyarakat
tempat.
Adun Nabawan itu
dalam ucapannya turut menekankan agar
Ahli Majlis Daerah di sini agar
memainkan dalam perancangan pembangunan
di daerah ini bagi membantu masyarakat
terutama golongan peniaga yang
memerlukan khidmat Majlis Daerah.
Bagaimanapun
katanya, semua perancangan yang dibuat
haruslah berpandukan peraturan dan
undang-undang kecil Majlis Daerah.
Seramai 18 Ahli
Majlis Daerah Nabawan yang dikekalkan
bagi tempoh 2008 hingga 2009 mengangkat
sumpah taat setia di hadapan Pengerusi
Majlis Daerah Nabawan yang juga Pegawai
Daerah Nabawan Bubudan O.T Majalu dan
disaksikan oleh Adun Nabawan Datuk
Bobbey Suan dan Pegawai Eksekutif Majlis
Daerah Nabawan Mumin Amsah.