|
TEKANKAN KEPERLUAN SEBENAR SABAH
May
10, 2008 (Source:
New
Sabah Times)
|
|
DOMPOK ...
jelaskan masalah sebenar soal
pembangunan dan ekonomi Sabah. |
KUAMUT:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri
Benard Dompok, berkata memperjelas masalah
sebenar pembangunan dan soal ekonomi di negeri
perlu ditekankan kepada Kerajaan Pusat tanpa
perlu memperbesar-besarkan jumlah peruntukan
yang diterima.
Beliau berkata, langkah menyuarakan keperluan
pembangunan yang amat dituntut khususnya di
kawasan luar bandar negeri ini adalah lebih
perlu diketengahkan supaya Sabah terus menerima
perhatian kerajaan persekutuan.
Beliau berkata, sesuai dengan situasi politik
negara ketika ini, menyuarakan segala
permasalahan yang masih wujud kepada kerajaan
pusat dan para pe-mimpinnya adalah lebih
bermakna su-paya mereka dapat tahu apa yang
sebenarnya diperlukan di negeri ini.
“Saya kira cara ini adalah lebih ber-kesan
berbanding kita kerap menyua-rakan pujian dan
kebanggaan ekoran peruntukan tinggi yang pernah
diterima. Kita perlu menyatakan sejelas-jelasnya
kelemahan kita sebagai sebuah negeri yang
bernaung di bawah kerajaan per-sekutuan,”
katanya.
Bercakap kepada media pada sambutan Pesta
Kaamatan Peringkat Daerah Kuamut di Entilibon
yang dirasmikannya, Presiden Parti Upko itu
berkata, sebagai sebuah negeri yang telah me-mainkan
peranan besar ekoran kejayaan dalam pilihan raya
umum negeri lalu, Sabah perlu menunjukkan
kewibawaannya dalam memenuhi tuntutan
pembangunan di Sabah.
Tuntutan pembangunan seperti sistem penyediaan
jalan raya, bekalan elektrik dan air khususnya
di kawasan luar bandar yang kurang diketahui dan
difahami kerajaan pusat, katanya, perlu
diperjelaskan dan mendapat pembelaan pembangunan
secukupnya.
“Segala-gala keperluan pembangunan dan
kepentingan rakyat Sabah dalam persekutuan ini
diperjelaskan begitu matang dalam pertemuan
dengan Datuk Seri Abdullah yang melawat Sabah
baru-baru ini. Ini termasuk peluang rakyat
berkhidmat dalam jawatan tertinggi awam di
peringkat persekutuan, soal pemansuhan
JPPS dan sebagainya
…... tetapi kita perlu menyuarakannya dengan
lebih kerap dan jelas,” katanya.
Menurut Dompok, pakatan parti-pa-rti politik
dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sabah
sudah cukup kukuh untuk ditonjolkan sebagai
gabungan politik yang mewakili pelbagai
kepentingan, sekaligus membuktikan
keberhasilannya mengekalkan kekuatan BN pada
pilihan raya umum lalu.
“Cuma saja segala tuntutan parti-parti dalam BN
yang diasaskan di negeri ini kurang mendapat
pendedahan media di peringkat pusat, sebagaimana
liputan yang cukup meluas kepada parti-parti
komponen BN yang diasaskan di Seme-nanjung,
walaupun mewakili sebuah par-ti yang
kecil,”katanya. Sama ada senario ini perlu
berubah ke tahap yang lebih baik, katanya,
kepentingan rakyat negeri ini perlu
diperjuang-kan dan dapat diterima baik oleh
kerajaan pusat.
Kata
Dompok lagi, tidak timbul soal ahli-ahli
parlimen BN di negeri ini mahu melompat ke
parti-parti pakatan pembangkang selagi soal
prinsip untuk memberikan khidmat yang lebih
berkesan kepada rakyat sebagaimana terkandung
dalam manifesto pilihan raya BN lalu, menjadi
sebahagian tuntutan perjuangan pemimpin politik
dari negeri ini.
“Saya memang setuju dengan amaran Tun Dr.
Mahathir bahawa tindak tanduk Parti Keadilan
Rakyat (PKR) melalui penasihatnya, Datuk Seri
Anwar Ibrahim, merupakan satu ancaman kepada
masa depan politik negara pada bila-bila masa.
“Tetapi ahli-ahli parlimen BN juga mempunyai
kebijaksanaan masing-masing dalam menilai
kelebihan dan kekuatan kerajaan seperti BN yang
sekian lama berjasa kepada rakyat negara ini,”
katanya.
Sehubungan itu, kata Dompok, se-laku pemimpin
daripada Sabah yang tu-rut menerima pelawaan
Perdana Menteri untuk bekerjasama dengan beliau
dalam menyelesaikan keperluan pembangunan di
Sabah, akan menyampaikan terus
permohonan-permohonan pembangunan dari negeri
ini untuk ditangani segera.
|