BERITA UPKO

 

UPKO alu-alukan projek loji rawatan air, jambatan di KP
July 08, 2008 (Source: Daily Express)

KUALA PENYU: Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO Bahagian Kuala Penyu mengalu-alukan keprihatian kerajaan untuk meluluskan peruntukan bagi projek loji raatan ar bernilai RM120 juta dan pembinaan jambatann Sitompok berharga RM60 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Timbalan Ketua bahagiannya, Lokman Sunggim berkata, perlaksanaan prasarana tersebut amat dinanti-nantikan oleh rakyat di daerah ini terutama untuk mendapatkan sumber bekalan air bersih yang mencukupi bagi menampung keperluan penduduk.

"Bagi penduduk kedua-dua projekkemudahan asas itu adalah satu keperluan yang penting dan pengumuman mengenainya merupakan satu berita yang sangat menggembirakan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Ahad lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman ketika merasmikan perayaan Pesta Rumbia ke-19 di pekan ini mengumumkan kelulusan kedua-duaprojek itu yang pembinaannya akan dilaksanakan dalam tempoh RMK-9.

Kaanya, perlaksanaan projek terbabit membuktkan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

menurut Lokman selama ini rakyat di Kuala Penu begitu mengalami kesulitan berhubung dengan bekalan air yang amat memeritkan sehingga menjadi satu isu di daerah ini.

"Katanya berharap dengan peruntukan yang disediakan untuk loji rawatan air ini akan mengakhiri kesulitan yang dialami rakyat sebelum ini bagi mendapatkan bekalan air.

"Pada masa yang sam, kita juga sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana akhirya memenuhi permintaan rakyat mendapatkan kemudahan jambatan di Sungai Sitompok yan ketika ini menggunakan perkhidmatan feri sebagai perhubungan," katanya.

 

 


 

< BACK

 

:::  HOME :::  TOP ::: PRINT :::

Copyright 2007-2008. WWW.UPKO.ORG.MY. All Rights Reserved.