BERITA UPKO

 

UPKO sokong mesyuarat tahunan

March 25, 2008 (Source: New Sabah Times)

KOTA KINABALU: Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) kelmarin menyuarakan sokongan penuh terhadap cadangan Pemangku Presiden Parti gerakan Tan Sri Dr Koh Tsun Koon supaya majlis tertinggi Barisan Nasional (BN) mengadakan mesyuarat bulanan.

Setiausaha Agungnya Datuk Wilfred Madius Tangau berkata UPKO, di bawah kepimpinan Tan Sri Bernard Dompok, pernah menyuarakan cadangan yang serupa pada mesyuarat majlis tertinggi BN lepas di PWTC Kuala Lumpur, di samping turut mencadangkan supaya mesyuarat badan perhubungan BN Negeri mengadakan perbincangan lebih kerap.

Menurutnya UPKO turut mencadangkan supaya mesyuarat Majlis tertinggi BN diadakan secara bergilir di luar Kuala Lumpur, dan ia seharusnya dianjurkan oleh parti-parti komponen.

"Amalan semasa yang merujuk kepada mesyuarat di PWTC dilihat seolah-olah dianjurkan oleh sebuah parti sahaja.

"Parti-parti komponen perlu berkongsi pendapat dan menghargai aspirasi anggota setiap parti komponen. Dengan lain perkataan, sokongan semua parti diperlukan, tidak kira berapa kecil parti komponen itu, untuk memenangi pilihan raya," katanya di sini kelmarin.

Madius berkata BN bukan hanya dilihat semasa musim pilihan raya, tetapi perlu dilihat ikhlas dalam menangani masalah rakyat.

Beliau berkata dalam usaha menjadikan BN lebih relevan, anggota majlis tertinggi perlu mengatahui pelbagai isu-isu pembangunan yang dihadapi rakyat.

"Tiada lagi sebarang isu yang boleh diselindungkan. Di Sabah kami mempunyai isu tanah, isu kad pengenalan palsu, pendatang asing, kemiskinan dan banyak lagi," tambahnya.

Oleh itubeliau berkata UPKO mencadangkan supaya mesyuarat majlis tertinggi BN akan datang diadakan di Kota Kinabalu, sekaligus memberikan peluang kepada anggota untuk melihat sendiri isu-isu pembangunan yang dihadapai di Sabah, termasuk kemiskinan.

 

 

 


 

< BACK

 

:::  HOME :::  TOP ::: PRINT :::

Copyright 2007-2008. WWW.UPKO.ORG.MY. All Rights Reserved.