HOME :: PENGENALAN :: PEMIMPIN :: UCAPAN :: KENYATAAN MEDIA :: KONGRES :: PENERBITAN :: FORUM :: UPKO TV

UPKO :: SEJARAH :: IDEOLOGI :: MATLAMAT :: PENCAPAIAN
 

:: IDEOLOGI PERJUANGAN UPKO

Tujuh Ideologi dan Perjuangan UPKO untuk orangg-orang Kadazandusun Murut serta suku bangsa Pasokmomogun Sabah.

 

UPKO berjuang untuk mempertingkatkan identiti, membela maruah dan mempertingkatkan martabat suku bangsa kita;

UPKO berjuang membangun dan mempromosi kebudayaan, bahasa, sistem nilai-nilai murni, kepercayaan dan agama masing-masing;

UPKO berjuang untuk membawa suku bangsa kita kepada satu tahap pembangunan dan kemajuan sehinggalah mencapai status "suku bangsa maju";

UPKO berjuang untuk membawa suku bangsa kita ke satu tahap kemajuan di mana kita akan sentiasa menuju ke hadapan dan bertindak sebagai pemangkin dalam semua aspek pembangunan;

UPKO berjuang bermula dengan seruan MISOMPURU TOKOU WAGU' akan terus mempertingkatkan semangat perpaduan suku bangsa kita sebagai nadi dalam semua bentuk perjuangan UPKO demi masa depan anak-anak dan generasi akan datang;

UPKO percaya bahawa sesungguhnya kesemua perjuangan UPKO ini adalah sumbangan positif terhadap hasrat murni pucuk pimpinan negara untuk membina Bangsa Malaysia yang bersatupadu sepertimana yang dicita-citakan oleh Wawasan 2020;

UPKO percaya bahawa sesungguhnya keenam-enam teras kepercayaan dan perjuangan UPKO itu hendaklah diperjuangkan melalui prinsip-prinsip politik perundingan, politik keharmonian, politik perdamaian, politik setia kawan dan politik perkongsian kuasa yang diamalkan oleh Barisan Nasinal.

 

 

 

 

 
  

Copyright © 2009 UPKO.ORG.MY. All rights reserved.