|
KONGRES
Ketiga PDS telah diadakan di Sabandar Bay Resort Tuaran pada 26-28 Haribulan
Julai 1997 dengan tema PDS Pengerak Pembangunan Sosio-ekonomi.
Antara
yang paling menarik dalam Kongres tersebut ialah satu perakuan daripada YAB
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tentang sumbangan besar PDS
untuk memperkukuhkan kerajaan Barisan Nasional Negeri Sabah.
YAB
Perdana Menteri menyatakan "Parti Demokratik Sabah (PDS), selaku parti
komponen Barisan Nasional yang mewakili masyarakat Kadazandusun Murut,
memainkan peranan penting dalam mengujudkan kestabilan politik dan pembangunan
ekonomi negeri Sabah"
Kenyataan
Perdana Menteri tersebut dilihat sebagai petanda awal bahawa pucuk pimpinan
PDS akan terus diberi peluang untuk memikul tanggungjawab memimpin Kabinet
Negeri Sabah sebagai Ketua Menteri selepas giliran masyarakat Bukan Bumiputera
dalam sistem pengiliran Ketua Menteri.
Hal itu
menjadi kenyataan apabila YAB Tan Sri Datuk Sei Panglima Bernard Dompok
dilantik Ketua Menteri Sabah selepas YAB Datuk Yong Teck Lee pada 1998.
Turut
mendapat perhatian dalam Kongres ini ialah, usul membenarkan subjek
agama-agama lain selain daripada agama rasmi Islam seperti agama Kristian
supaya diajar disekolah-sekolah kerajaan. Usul ini telah diterima sebulat
suara oleh perwakilan tetapi masih dalam pertimbangan kerajaan.
Antara
alasan yang telah diberikan oleh pihak pembentang ialah memperkukuhkan
kerohanian rakyat sebagai benteng penghalang pengaruh budaya luar yanag
tersebar luas oleh teknologi maklumat yang semakin canggih
|