INTIPATI KONGRES KESEMBILAN UPKO

-----------------------------------------------

Kongres KESEMBILAN UPKO dengan tema "MEMERTABATKAN BANGSA" telah diadakan pada 8 - 9 Ogos bertempat di Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang, Sabah

* Perutusan Perdana Menteri Malaysia
* Perutusan Ketua Menteri Sabah
* Perutusan Presiden UPKO
* Perutusan Timbalan Presiden
* Perutusan Ketua Pemuda
* Perutusan Ketua Wanita
* Teks Ucapan Presiden UPKO

kongres tersebut juga telah meluluskan usul-usul seperti berikut:-

Usul Pertama

USUL PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Pencadang : Perwakilan Daripada Bahagian N.26 Ranau

Penyokong : Perwakilan Daripada Bahagian N.31 Kemabong


Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu [UPKO] pada Kongres ke-9 membuat ketetapan agar Kerajaan Persekutuan menubuhkan sebuah Kementerian Persekutuan yang baru berfokuskan untuk  menangani pelbagai isu pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak, sepertimana yang diandaikan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga dan Rancangan Malaysia Ke Lapan.

 

Usul Kedua

USUL KEMISKINAN

Pencadang : Perwakilan Daripada Bahagian N.5 Tandek

Penyokong : Perwakilan Daripada Bahagian N.28 Bingkor

 

Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu [UPKO] pada Kongres ke-9 membuat ketetapan agar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah:

 

  1. Memberi bantuan subsidi kepada para petani bukit di Sabah seperti bantuan baja, racun rumput dan bantuan-bantuan teknikal;

 

  1. Memberi peruntukan sebesar mungkin kepada Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) dan Yayasan Usaha Maju (YUM) supaya agensi-agensi ini dapat beroperasi di semua pekan-pekan di seluruh Sabah;

 

  1. Memperbanyakkan kursus perikanan anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia [LKIM] dan KO-NELAYAN untuk mendedahkan para nelayan kepada teknik-teknik penangkapan ikan dan penggunaan peralatan moden; dan

 

  1. Mempergiatkan kempen kesedaran dan pendedahan kepada nelayan di Negeri Sabah supaya maklumat mengenai cara-cara memohon dana, tabung atau bantuan lain dapat disalurkan dengan lebih berkesan.

 

Usul Ketiga

 

USUL TANAH

Pencadang : Perwakilan Daripada Bahagian N.11 Kiulu

Penyokong : Perwakilan Daripada Bahagian N.27 Tambunan


 

Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu [UPKO] pada Kongres ke-9 membuat ketetapan agar Kerajaan:

 

  1. Menilai dan mengkaji semula dasar permohonan dan kepenggunaan tanah  berkecerunan  25 darjah;

 

  1. Menjalankan penyelidikan tentang penggunaan teknologi untuk memoden dan membolehkan aktiviti pertanian di kawasan berkecerunan 25 darjah;

 

  1. Penyediaan pelan kepenggunaan tanah yang diusahakan oleh kerajaan melalui Pejabat Daerah mengambil kira pandangan dan saranan rakyat tempatan;

 

  1. Menyegerakan penyukatan dan pengeluaran geran kepada tanah-tanah yang telah mendapat RSP; dan

 

  1. Mempercepatkan proses pembayaran pampasan kepada tanah-tanah yang telah diambil semula.

 

Usul Keempat

USUL PENDIDIKAN

Pencadang : Perwakilan Daripada Bahagian P.162 Kinabatangan

Penyokong : Perwakilan Daripada Bahagian P.159 Beluran


 

Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu [UPKO] pada Kongres ke-9 membuat ketetapan agar Kerajaan:

 

  1. Mengadakan matapelajaran Pengajian Moral khusus untuk para pelajar bukan Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah;

 

  1. Membina lebih banyak sekolah berasrama penuh di Negeri Sabah;

 

  1. Mewujudkan sekolah-sekolah teknik berasrama penuh di kawasan luar bandar di Negeri Sabah;


Usul Kelima

 

USUL BAHASA TAMBAHAN

Pencadang : Perwakilan Daripada Bahagian P.148 Kota Belud

Penyokong : Perwakilan Daripada Bahagian N.9 Tamparuli


 

1.      Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu [UPKO] pada Kongres ke-9 membuat ketetapan agar Kerajaan Persekutuan:

 

  1. Memperluaskan pembelajaran bahasa-bahasa tambahan ke seluruh negara supaya lebih banyak pelajar tidak kira suku-bangsa dan keturunan berpeluang untuk mempelajari bahasa-bahasa ini;

 

  1. Memberi peruntukan yang mencukupi untuk menyediakan buku-buku teks untuk semua peringkat pembelajaran bahasa-bahasa tambahan;

 

  1. Memasukkan pembelajaran bahasa-bahasa tambahan tersebut dalam jadual persekolahan biasa;

 

  1. Memperkenalkan bahasa-bahasa tambahan dalam sistem latihan perguruan di maktab-maktab perguruan di seluruh negara dan memberi latihan yang mencukupi kepada guru-guru yang sedang dan akan mengajar dalam bahasa-bahasa tersebut di semua peringkat persekolahan mulai daripada Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah ke peringkat Kolej dan Universiti; dan

 

  1. Memberi peralatan dan bahan-bahan mengajar dan penyelenggaraan pembelajaran bahasa-bahasa tersebut yang mencukupi.

 

 

2.      Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu [UPKO] pada Kongres ke-9 membuat ketetapan untuk menyokong langkah kerajaan Persekutuan memulakan pembelajaran Bahasa Murut dan menyokong permintaan supaya Bahasa Murut juga akan dijadikan Bahasa Tambahan.

 

"MEMERTABATKAN BANGSA"

 

 

 

:::  HOME :::  TOP ::: PRINT :::

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 


 

 

 

 

 

     

Copyright © 2000-2005 UPKO Online All rights reserved