KONGRES Kedua PDS telah diadakan di Taman
Kinabalu, Kundasang pada 22-24 Mac 1996.
Tema Kongres tersebut ialah "Berjuang
Terus Kearah Pembangunan Sosio-ekonomi.
Yang paling menarik dalam Kongres tersebut
ialah ucapan dasar Presiden yang menyentuh
tentang komitmen PDS untuk memberi sokongan
dan bantuan terhadap KCCI dan KLF.
Presiden juga telah menyatakan pendirian
tentang soal sokongan PDS terhadap cadangan
kerajaan untuk meminda undang-undang negeri
Sabah tanpa menjejaskan hak-hak Sabah
sepertimana yang termaktub dalam
perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan
negeri Sabah dan undang-undang yang lain.
Pindaan undang-undang Negeri Sabah hendaklah
tidak melibatkan pindaan terhadap
Perlembagaan Negeri Sabah.
Seterusnya terdapat usul yang telah
diluluskan seperti berikut:
"BERJUANG TERUS KE ARAH PEMBANGUNAN
SOSIO-EKONOMI"