|
 |
WARTA KINABALU
WARTA KINABALU ialah buletin Upko yang
diterbitkan tiga kali setahun sebagai
permulaan. Penerbitan pertama ialah pada
bulan Oktober 2008 sempena Kongres Upko yang
ke-12. Buletin ini memaparkan
aktiviti-aktiviti Majlis Tertinggi,
Pergerakan Wanita, Pemuda, Komulakan,
Ahli-ahli Yang Berhormat dan
Bahagian-Bahagian Upko. Ahli-ahli boleh
membeli buletin ini di Ibu Pejabat Upko.
Buletin ini juga menyediakan ruang kepada
ahli-ahli parti untuk memberikan pandangan
serta cadangan-cadangan kepada parti. |
|
|
|
 |
WADAH WAWASAN
Melalui huraian
wawasan dalam ucapan-ucapan dasarnya yang
dikumpulkan dalam buku ini, Presiden Upko,
Tan Sri Bernard Dompok, menjelaskan
bagaimana Upko mahu memainkan peranannya
dalam proses mencapai Wawasan 2020, dengan
cara memastikan negeri Sabah turut sama
menyumbangkan kepada proses pembangunan itu
sambil mempastikan ia sendiri tidak
ketinggalan dalam arus perdana pembangunan
Malaysia. Sambil menjuruskan objektif
terpenting kepada pembangunan negara dan
bangsa Malaysia, Upko juga memfokuskan
perhatian kepada masyarakat Kadazandusun dan
Murut sebagai kumpulan sasaran utamayangmahu
dipimpin oleh Upko ke arah kemajuan dalam
bidang-bidang sosio-ekonomi yang disedari
oleh Upko sebagai titik tolak peningkatan
taraf hidup KDM agar setanding dengan
masyarakat lain yang sudah berjaya. Buku ini
membentangkan dengan panjang lebar dan
secara mendalam segala idea, visi dan impian
kepimpinan Upko dan Tan Sri Bernard sendiri
untuk masa depan negara dan bangsanya.
Penerbit :
Farmost Vision Sdn Bhd
Tahun : 1999 |
|
|
|
 |
PDS KESINAMBUNGAN PERJUANGAN
"PDS" - KESINAMBUNGAN PERJUANGAN"
mendedah-kan keadaan politik masyarakat
Kadazandusun Murut di mana segelintir masih
dilanda dilema. Ke mana halatuju perjuangan
politik masyarakat ini selepas berakhirnya
era pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS)?
Penulis cuba mengupas kebenaran tentang
perjuangan politik Kadazandusun Murut
menjelang Abad Ke- 21. Buku ini ditulis
untuk dikongsikan bersama dan sebagai
dedikasi khas kepada masyarakat Kadazandusun
Murut di negeri Sabah yang cintakan
perpaduan dan kewujudan kematangan politik
masyarakatnya dalam mengharungi cabaran Abad
ke-21.
Penerbit :
Farmost Vision Sdn Bhd
Tahun : 1999 |
|
|
|
 |
KENAPA SAYA
MENYOKONG UPKO
Buku KENAPA
SAYA MENYOKONG UPKO
merupakan luahan pandangan ikhlas yang
didorong oleh perasaan cintakan bangsa
sendiri oleh Encik Raymond Boin Tombung,
bekas Ahli Majlis Tertinggi Upko. Beliau
menghuraikan sebab-sebab mengapa beliau
menyokong parti Upko dan bukan parti-parti
lain yang berasaskan sokongan Pasokmomogun.
Penulis : Raymond Boin Tombung
Tahun : 2003 |
|
|
|
 |
GALERI UPKO
GALERI UPKO merupakan satu penyelidikan
mengenai perjalanan politik Pasokmomogun
selama 45 tahun dari tahun 1961 sehingga
tahun 2006. Projek awal penyelidikan ini
dilaksanakan oleh Institut Kemajuan Ekonomi
Anak Negeri (INDEP) Sabah dan diteruskan
oleh Exco Pergerakan Komulakan Upko.
Sebahagian daripada hasil penyelidikan ini
telah dipamerkan semasa Konvensyen Upko
ke-11 di Magellan Sutera Harbour, Kota
Kinabalu pada Ogos 2007 yang dirasmikan oleh
Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri
Malaysia pada ketika itu. Galeri ini menjadi
sumber rujukan sejarah, khususnya di
kalangan generasi muda atau Pergerakan
Komulakan Upko untuk menghayati sumbangan
serta pencapaian pemimpin-pemimpin bangsa
sepanjang tempoh ini. |
|
|
|
|
|
|
 |
BENGKEL RRJP3
Institut Kemajuan Ekonomi Anak Negeri (INDEP)
Sabah dengan Sarawak Young Graduates
Association (SYGA) telah menganjurkan
Bengkel Rangka Rancangan Jangka Panjang
Ketiga (OPP3) di Kuala Lumpur pada tahun
2001 yang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamed, Perdana Menteri pada ketika itu.
Bengkel ini membincangkan dasar-dasar dan
penyertaan masyarakat Kadazandusun Murut dan
Dayak dalam proses pembangunan negara bangsa
dari tahun 2001 hingga 2010.
Resolusi-resolusi bengkel ini telah
dikemukakan kepada Perdana Menteri Malaysia.
Antara hasil bengkel ini ialah pernyataan
mengenai tumpuan khusus yang diberikan
kepada suku kaum Kadazandusun, Murut, Iban
dan Bidayuh dalam pelaksanaan Rancangan
Malaysia Kelapan (RMK8). |
|
|
|
 |
BENGKEL RMK9
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) telah
di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006 oleh Tun
Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri
Malaysia pada ketika itu. Upko dengan
kerjasama Indep telah menganjurkan Bengkel
RMK9 sebagai maklum balas kepada rancangan
ini untuk membincangkan usaha-usaha yang
boleh dimainkan oleh parti serta
program-program khusus kerajaan yang
diinginkan oleh masyarakat Sabah, khususnya
kaum Kadazandusun Murut dalam rancangan ini.
Resolusi-resolusi bengkel ini telah
dikemukakan kepada kerajaan. Laporan bengkel
ini boleh diperolehi di Ibu Pejabat Upko. |
|
|
|
|
|
|
 |
ROUNDTABLE
DISCUSSION BAJET TAHUNAN KERAJAAN
Roundtable Discussion Bajet Tahunan Kerajaan
merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh
Parti untuk membincangkan maklum balas
kepada Bajet Tahunan Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri Sabah. Perbincangan ini
meliputi pemerincian terhadap
peruntukan-peruntukan kementerian dan
program-program pembangunan yang menjadi
keprihatinan utama masyarakat Sabah,
khususnya kaum Kadazandusun Murut. Hasil
perbincangan ini menjadi bahan rujukan utama
kepada setiap Ahli Parlimen dan Ahli Dewan
Undangan Negeri Sabah untuk perbahasan di
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Laporan-laporan perbincangan ini boleh
diperolehi di Ibu Pejabat Upko. |
|
|
|
|
|
|