|
Murut Tagal juga dalam kategori
yang sama
Sunday, March 14, 2004 (Source: Daily Express)
KEBELAKANGAN ini banyak perbincangan
mengenai kedaifan bangsa Rungus dan orang Sungai. Pada saya, kelompok komuniti
ini lebih baik daripada kaum Murut Tagal, yang tinggal di tebing-tebing sungai
di Pensiangan, Pegalingan, Sepulut dan di Nabawan.
Malangnya, wakil Rakyat dari
masyarakat ini tidak melakukan sebarang usaha serius untuk menangani perkara ini,
keprihatinan di kalangan masyarakat Rungus sepatutnya menyedarkan wakil rakyat
Murut Tagal daripada tidur yang lena.
Apa sudah jadi dengan wakil
rakyat di Pensiangan dan pemimpin-pemimpin daripada masyarakat Murut Tagal yang
bongkak? Adakah Ulin Pamiang dan pemimpin-pemimpin lain selesa dengan status
kaum Rungus?
Sehingga kini, pendekatan wakil
rakyat bagi Murut Tagal di Pensiangan serupa saja. Dulu, mereka ini tidak kisah
untuk berjalan siang dan malam di tebing-tebing sungai dan di lembah-lembah
untuk meraih unsi rakyat. tetapi sampai sakarang, kemudahan asas seperti bekalan
air bersih masih belum ada dan Nabawan masih ketinggalan nasib.
Sekarang ini, pengerusi
jawatankuasa penaja Umno Bahagian Pensiangan adalah pemimpin import dan datang
ke Nabawan untuk mencuba nasib.
Adakah Ghani Md Yassin atau
pemimpin Umno negeri menyedari bahawa intelek Murut Tagal dalam Majlis Tertinggi
adalah pemimpin perintis daripada Umno di kawasan itu.
Masih segar dalam ingatan saya
ketika ahli keluarga Ghani masih menjadi wakil rakyat di Pensiangan ketika Usno,
dan menyinggung perasaan kami dengan berkata, " Murut Pensiangan cukup gembira
kalau diberi satu tin sardin dan ikan masin". Orang Murut memiliki daya ingatan
yang kuat.
Bagi Ulin, dia pernah melompat
dari PBS ke Umno meskipun dia telah bersumpah ketika kempen untuk sehidup semati
dalam PBS. Saya cadangkan kepada UPKO agar memberi peluang kepada UPKO untuk
mewakili kami di peringkat Negeri dan Parlimen.
Saya dapati UPKO mempunyai
golongan intelek, profesional dan ahli perniagaan yang ramai.
LAMPIKUT
Nabawan/Pensiangan
|