Assalammualaiakum
dan salam sejahtera.
YAB
Datuk Musa Aman Ketua Menteri Sabah, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima
Bernard Giluk Dompok presiden Upko, ahli-ahli Majlis Tertinggi Upko,
wakil-wakil dan pemimpin-pemimpin daripada komponen Barisan Nasional,
seterusnya ahli-ahli Upko dan hadirin sekalian.
Terlebih
dahulu saya mengucap berbanyak terima kasih kepada Upko dan kepimpinan
Upko yang telah sudi jemput saya pada petang ini untuk merasmikan majlis
ini, Kongres Upko yang ke-sembilan.
Saya
juga ucap terima kasih kerana kata-kata manis yang disampaikan oleh Tan
Sri Datuk Seri Bernard tadi. Beliau menyebut tentang satu lagu yang
digemari oleh saya iaitu My Way. Sebenarnya saya kurang senang dengan
lagu ini dahulu. Saya kurang senang kerana lagu ini bermula dengan
perkataan ‘And now the end is near’. Saya syak bahawa apabila
dinyanyikan lagu ini, mungkin ini adalah satu hint secara halus supaya
saya berhenti. Tetapi sekarang ini memanglah saya akan berhenti dan
memang tepatlah bila disebut ‘And now the end is near’. Cuma tiga
bulan lagi sampailah masanya. Dalam jangka masa tiga bulan ini, saya
lihat ramai yang hendak saya buat kerja tiga tahun dalam tiga bulan.
Namun demikian bila dijemput oleh Upko dan dijemput juga oleh presiden
parti saya tidak dapat mengelak dan tolak jemputan ini kerana ini akan
menjadi kali terakhir saya merasmikan kongres Upko ini. Lain kali
tentulah Perdana Menteri dan pengerusi Barisan Nasional yang baru akan
merasminya. Oleh itu sekali lagi saya ucap terima kasih kepada parti
Upko yang sudi menjemput saya untuk merasmikan kongres yang ke-sembilan
bagi Upko.
Tuan-tuan
dan puan-puan, Upko adalah satu daripada 14 buah parti yang berada
didalam Barisan Nasional. Barisan Nasional ini ialah parti campuran.
Campuran parti-parti politik yang mempunyai keahliah yang berlainan.
Kadang-kadang keahlian yang terhad kepada kaum-kaum tertentu, suku-suku
kaum yang tertentu. Tetapi walaupun kita daripada lain kaum yang
mempunyai bahasa yang berlainan, mempunyai budaya yang berlainan,
mempunyai agama yang berlainan, tetapi kita dapat menyertai Barisan
Nasional dan menyelesaikan masalah-masalah kita melalui pakatan dan
rundingan.
Kita
tidak berkonfrontasi, kita tidak bermusuh, sebaliknya kita lebih rela
duduk bersama di sekeliling meja untuk berbincang masalah-masalah kita
dan dalam perbincangan ini kita bersikap sederhana, toleran dan sensitif
terhadap masalah masing-masing.
Kadang-kadang
kita dapat apa yang kita minta, kadang-kadang tidak. Tetapi kita sanggup
menerima bahawa keputusan yang dibuat secara rundingan ini, yang
mengambil kira pandangan semua pihak, adalah keputusan yang baik dan
bijak. Sebabnya yang kita berani kata dianya adalah keputusan yang baik
dan bijak ialah oleh kerana negara kita ini tidak menghadapi masalah
rusuhan kaum, umpamanya.
Negara
kita ini aman tenteram dan kita dapat tumpukan segala usaha untuk
membangunkan negara kita. Dan semasa kita membangunkan negara kita, kita
memberi perhatian kepada semua pihak. Memang kalau dibanding antara
Sabah, Sarawak dan Semenanjung terdapat kemajuan lebih pesat di
Semenanjung. Tetapi sedikit demi sedikit kemajuan telah dipertingkatkan
dan sekarang ini tidak banyak perbezaan antara Semenanjung dan negeri
Sabah ini.
Untuk
membolehkan Sabah dan juga Sarawak berlumba untuk sampai ke sama tahap
dengan Semenanjung, Kerajaan pusat memberikan peruntukan yang lebih
kepada Sabah dan Sarawak. Sebenarnya peruntukan untuk Sabah adalah kedua
terbesar diseluruh Malaysia. Yang terbesar sekali ialah Sarawak.
Jadi
kita tidak pernah abaikan negeri-negeri Sabah dan Sarawak walaupun jauh
daripada ibukota Kuala Lumpur, walaupun terpisah oleh lautan. Kita
selalu memberi perhatian kepada Sabah, sebab itu kita melihat bagaimana
Sabah mencapai kemajuan yang pesat, kadang-kadang lebih pesat daripada
Semenanjung.
Saya
kata lebih pesat kerana apabila saya sampai ke sini, Keuta Menteri telah
mengadakan taklimat dan soal yang saya tanya awal-awal lagi
ialah berkenaan dengan makmal komputer. Di Semenanjung hampir
semua makmal komputer runtuh, tetapi di Sabah, tak ada satupun yang
runtuh. Ini bukan sahaja membuktikan kecekapan mereka yang melaksanakan
projek ini tetapi wakil-wakil rakyat di Sabah, mereka rela membiarkan
pegawai menentukan pembangunan dengan sedikit sebanyak nasihat daripada
mereka dan tidak ada gangguan sama sekali. Dan dengan itu projek ini
dapat dilaksanakan dengan begitu baik.
Demikian
juga dengan sekolah-sekolah. Kalau kita pergi ke kawasan-kawasan
terpencil sekarang ini, kita akan lihat sekolah-sekolah baru yang
didirikan dengan begitu indah sehingga kata Ketua Menteri, nampak lebih
seperti resort daripada sekolah.
Kita
ada segala-gala ini untuk kebaikan rakyat di Sabah. Kita nak memberi
kepada rakyat Sabah peruntukkan dan kemudahan yang setimpal, yang sama
dengan yang diberi kepada Semenanjung, bahkan kadang-kadang lebih
daripada itu. Inilah khasiat, inilah kelebihan system Barisan Nasional
ini, kerana kita selalu mendengar rintihan daripada semua parti-parti
komponen dan kita dapat memberi layanan yang saksama.
Seperti
mana yang kita tahu, presiden Upko berada dalam Kabinet. Beliau tak
pernah diam jika ada masalah Sabah yang perlu dikemukakan. Bukanlah
merupakan komplain, tetapi ianya menyuarakan tentang keperluan
pembangunan di negeri Sabah. Demikian juga wakil-wakil lain yang ada
didalam Kabinet, mereka memang rasa bertanggung jawab. Kita berada dalam
kabinet bukan untuk memperkayakan diri kita, tidak. Kita ada dalam
kabinet supaya kita dapat menyuarakan pandangan rakyat, mewakili rakyat
supaya dengan itu agihan kekayaan, agihan peruntukan kepada rakyat dapat
dibuat secara yang baik, bertimbang rasa dan menentukan semua pihak
mendapat apa yang menjadi hak kepada mereka.
Sebab
itu negara kita Malaysia ini, saya sebut sekali lagi, negara kita
Malaysia ini sudah mencapai kemajuan yang pesat sehingga dianya menjadi
contoh kepada dunia. Ramai yang datang ke Malaysia untuk melihat
pembangunan di Malaysia ini. Bukan sahaja pemimpin-pemimpin daripada
negara membangun tetapi pemimpin-pemimpin daripada negara maju juga
telah datang ke Malaysia.
Kita
telah dikunjungi oleh pemimpin daripada Jerman, daripada Perancis,
daripada Rusia dan lain-lain negara. Mereka datang kerana mereka
mendengar cerita bahawa Malaysia ini, walaupun Malaysia ini mempunyai
penduduk yang berbilang kaum, berbilang agama, tetapi aman dan maju dan
mereka ingin melihat sendiri sama ada benar ataupun tidak. Dan semua
daripada mereka kagum dengan keadaaan di Malaysia terutamanya hubungan
yang baik antara kaum.
Apabila
mereka berjalan di jalan-jalan, mereka akan lihat orang keturunan yang
berlainan, keturunan daripada orang Melayu, ataupun Cina, India, Kadazan,
Iban, Bajau dan lain-lain, mereka berada berjalan di jalan-jalan bersama,
tidak ada permusuhan, tidak ada perasaan ketakutan dikalangan mereka
kerana mereka tahu tidak ada niat buruk ataupun kemungkinan serangan
kerana perbezaan kaum ataupun agama.
Ya,
kadang-kadang kita mempunyai sedikit masalah berkenaan dengan layanan
terhadap agama-agama tertentu dan apabila kita mendapat memorandum
umpamanya, kita cuba sedaya upaya kita mengatasi masalah yang dihadapi.
Inilah
cara kita di Malaysia. Sebab itu negara kita aman. Dalam dewan ini kita
lihat semua kaum ada bersama. Semua suku kaum ada bersama dan kita tak
berasa curiga ataupun takut kalau-kalau orang yang duduk disebelah kita
ini akan mengganas dan menyerang kita, tak ada. Kita berasa lega kita
berasa senang.
There
is no fear. We are not afraid of each other, this is our country,
Malaysia is our country, we are Malaysians. So why should Malaysians be
afraid of Malaysians? Itulah sebabnya yang negara kita ini aman dan
dianya aman kerana konsep Barisan Nasional.
Ini
harus kita ingat. Kalau kita ada konsep yang terdahulu dikalangan
setengah-setengah parti yang mengutamakan agama mereka sahaja, kaum
mereka sahaja, sudah tentu negara ini tidak akan aman. Tetapi kita
menggunakan konsep Barisan Nasional, konsep tolong menolong, bantu
membantu.
Dalam
pilihanraya, umpamanya, akan ada kawasan yang calonnya terdiri daripada
satu kaum, ahli kepada satu parti. Kalau dianya berharap kepada kaumnya
sahaja ataupun partinya sahaja, maka dia tak mungkin menang. Tetapi
dalam BN bukan sahaja kaumnya atau ahli partinya ataupun penyokong
partinya yang mberi sokongan kepada calon itu tetapi parti parti yang
lain dan yang bertaraf Barisan Nasiional juga membantu calon yang
terdiri daripada salah satu daripada komponen Barisan Nasiional. Apabila
kita berbuat demikian dikawasan itu, dikawasan kita pula apabila kita
bertanding menjadi calon maka penyokong parti yang kita tolong tadi akan
memberi sokongan kepada kita. Dengan itu kita akan dapat undi yang lebih
dan kita akan dapat kemenangan.
Sebaliknya
kalau kita cuma hendak orang kita sahaja, kaum kita sahaja, orang yang
seagama dengan kita sahaja, jumlah mereka mungkin tidak mencukupi untuk
memberikan kemenangan kepada kita dan ini akan akan membawa kepada
kerajaan yang lemah, kerajaan yang tidak mempunyai majoriti yang cukup
dan kerajaan yang lemah tak mungkin membawa pembangunan.
Sebabnya
ialah apabila kerajaan yang lemah memerintah, maka tumpuan kerajaaan itu
ialah kepada masalah politik semata-mata supaya ianya kekal menjadi
kerajaan. Tetapi apabila kerajaan itu kuat mendapat majoriti yang besar,
maka kerajaan itu dapat menumpu kepada pembangunan negara. Dengan adanya
pembangunan maka rakyat semua akan dapat nikmat daripada kemerdekaan
kita.
Sebab
itulah kita harus dokong, kita harus junjung konsep Barisan Nasional,
konsep kerja sama ini. Parti lawan pun sudah cuba untuk mengadakan
pakatan yang sedemikian tetapi mereka tidak seperti kita. Tidak ada
kepercayaan diantara sesama mereka. Sementara mulut mereka berkata
mereka akan kerjasama dibelakang lain yang dilakukan. Sebab itu kita
dapati DAP umpamanya tak boleh bekerjasama dengan PAS, PAS pun tidak
boleh bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat. Cuma berdepan sahaja
mereka ada kerjasama. Tetapi pada hakikatnya mereka tak boleh
bekerjasama.
Barisan
Nasional dengan 14 buah parti mampu bekerjasama. Dan saya yakin apabila
kita ada pilihanraya, apabila kita tentukan calon-calon, apabila kita
agihkan kawasan-kawasan, apabila selesai masalah ini, maka semua
daripada kita daripada semua parti komponen, daripada semua kaum akan
memberi sokongan kepada siapa juga yang jadi calon sebagai calon Barisan
Nasional. Dan apabila Barisan Nasional menang, percayalah kita akan
dapat majukan lagi negara kita ini dan kita akan dapat banyak nikmat
daripadanya.
Inilah
rahsia, inilah secret of the success of the BN. The willingness to make
little sacrifice in order to get better benefit. We give away a little
but we get a lot more. Kalau kita nak bolot semua untuk kita, saya yakin
kita akan rugi.
Saya
merasa amat gembira kerana sekarang ini hampir semua daripada kaum
Kadazan, Sino Kadazan dan juga lain-lain telah menyertai Upko ini. Saya
berbangga dan saya gembira apabila saya sampai di sini, saya dapat
bersalam-salaman dengan orang yang mukanya tak semacam Kadazan tetapi
pakai baju baju Kadazan dengan headgear Kadazan. Ada yang tidak pakai
tetapi mereka adalah ahli Upko. Tidak ada percubaan untuk menghadkan
Upko ini semata-mata kepada satu kaum sahaja, Kadazan sahaja tidak Dusun
dan sebagainya. Tetapi sekarang ini Upko memberi tempat kepada Kadazan,
Dusun dan juga lain-lain. Ini adalah semangat Barisan Nasional.
Saya
ucap tahniah kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Dompok kerana
berjaya mengembangkan pengaruh Upko dan menerima suku-suku kaum yang
lain. Sebab itu namanya sekarang ini ialah Upko dan ini bermakna ada
perubahan daripada keahlian dan sokongan kepada pertubuhan yang menjadi
anggota BN ini.
Saya
percaya bahawa sokongan kepada kepimpinan Upko akan berterusan. Kita nak
supaya Upko diwakili didalam Kabinet Malaysia. Ini bermakna kena bagi
kemenangan lah. Tak boleh harap jadi senator. Senator cuma enam tahun
sahaja. Kalau jadi Wakil Rakyat boleh lama sikit.
Saya
berbangga dengan kejayaan Upko dan sokongan yang diberi kepada Upko.
Saya percaya bahawa perhimpunan hari mencerminkan sokongan jitu kepada
Upko. Percayalah sokongan ini akan membawa banyak manfaat kepada kita
semua, kepada rakyat Sabah, kepada ahli-ahli Upko dan kepada Malaysia
keseluruhannya.
Pada
penghujung bulan ini, 31 Ogos, sekali lagi kita akan rayakan hari ulang
tahun kemerdekaan kita yang ke-46. kita telah merdeka hanya 46 tahun.
Bukanlah satu masa yang panjang tetapi dengan kemajuan yang dicapai
sejak kita merdeka, berbanding dengan sebelum kita merdeka, berbanding
dengan banyak negara-negara yang mencapai kemerdekaan bersama dengan
kita, kita telah mencapai kemajuan yang luar biasa.
Sebab
itu apabila kita rayakan hari ulang tahun kemerdekaan kita, hendaklah
kita sedar akan nikmat yang begitu banyak yang kita terima daripada
kemerdekaan kita. Kita mesti sedar dan berbangga dan menghargai
kemerdekaan kita. Kita tidak disuruh untuk berperang dengan sesiapa,
menggadai nyawa untuk menyelamatkan negara kita, tetapi kita disuruh
supaya kita bersatupadu dan memberi sokongan kepada parti Barisan
Nasional yang berjaya membawa begini banyak kebaikan, pembangunan kepada
negara kita Malaysia ini.
Saya
lihat ramai sudah yang memasang bendera Malaysia dikereta-kereta mereka.
Ini adalah bukti partriotisme yang ada kepada mereka. Oleh itu kita
hendaklah semua memasang bendera ini sebagai bukti yagn kita ini adalah
rakyat Malaysia dan kita menghargai kewarganegaraan negara kita Malaysia
ini.
Tuan
tuan dan puan puan, saya amat sukacita kerana kemajuan yang telah
dicapai oleh Upko dan saya percaya bahawa parti ini berdaya kekal
sebagai satu daripada parti Barisan Nasional yang akan mewakili kaum
Kadazandusun dan lain-lain. Dan akan menentukan nasib mereka terpelihara
dalam negara Malaysia yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang
bahasa dan berbilang budaya ini. Saya yakin dengan sokongan yang diberi
kepada Upko, negara kita akan terus maju dan kaum Kadazandusun juga akan
maju bersama. Oleh itu dengan gembiranya, saya merasmikan kongres ke-9
bagi parti Upko Barisan Nasional ini.
Print
This Page