Y.B.
Datuk Wilfred M. Bumburing, Timbalan Presiden UPKO
Y.Bhg
Ahli-Ahli Majlis Penasihat UPKO
Y.B.Y.Bhg
Naib–Naib Presiden UPKO
Y.B.
Setiausaha Agung
Y.Bhg
Bendahari Agung
Y.Bhg
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Ketua-Ketua Bahagian, Ahli-Ahli Parti,
sahabat-handai UPKO, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
1. Majlis
pertabalan pada malam ini merupakan detik yang bersejarah. Sepanjang pengetahuan
saya, parti-parti politik tidak pernah mengadakan amalan seperti ini selain
organisasi atau pertubuhan sukarela yang lazim dilihat mengadakan upacara
seumpama ini.
2. Majlis
Tertinggi telah mengambil keputusan mengadakan upacara ini dengan tujuan untuk
memperingatkan ahli-ahli yang telah dilantik ke Majlis Tertinggi tentang betapa
berat dan besar tanggungjawab yang dipikul oleh mereka. Setiap ahli dituntut
untuk terus berusaha keras dan menunjukkan prestasi serta komitmen tinggi jika
dia itu ingin terus kekal dengan jawatannya dalam pemilihan parti yang akan
datang.
3.
Saya mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan tahniah kepada yang menang dan menerima perlantikan malam ini.
Pada masa yang sama, kita sama-sama memperingatkan diri masing-masing, bahawa
ahli-ahli parti diperingkat akar umbi sentiasa memerhatikan kita dan mereka juga
akan menentukan adakah kita layak diberi kepercayaan dan sokongan.
4. Tuan-tuan
dan puan-puan, ahli-ahli parti tentunya masih ingat ketika kita mula-mula
menubuhkan parti ini 8 tahun yang lepas. Pada
waktu itu, sangat sukar untuk menjelaskan kepada umum akan justifikasi pilihan
kita untuk menubuhkan sebuah parti baru dan di masa yang sama memohon untuk
menganggotai Barisan Nasional (BN). Pada kita, suasana politik di Malaysia dan
Sabah telah mengalami perubahan yang dramatik dan kita tidak lagi mampu untuk
mengawal perubahan yang besar ini. Akhirnya kita terpaksa
mengikut arus perubahan semasa yang berlaku. Kita tentu masih ingat
bagaimana kepimpinan serta ahli-ahli parti menerima cemuhan dan penghinaan yang
dilempar oleh mereka yang degil dan memilih untuk tidak mahu menerima perubahan
yang nyata dalam senario politik waktu itu.
5.
That was the critical phase of
our history, the moment of truth when we will know whether we have what it takes
to succeed in our endeavor. Only the courage of our conviction and the justice
of our course kept us going. Now only 8 years later we feel vindicated. With our
consent, the Barisan Nasional has accepted into its fold PBS as the 14th
member of the national coalition. It is time to be magnanimous. History has
shown that arrogance and selfishness are the tell tale signs of the downfall of
politicians and political parties all over and certainly in Sabah.
6. Dalam pada itu, ahli-ahli
parti telah bersetuju untuk menukar nama parti selepas berfikir begitu lama
serta mengambilkira peranan yang boleh kita sumbangkan dalam perjuangan BN. Kita
telah bermula sebagai wadah utama untuk masyarakat KDM, dan dalam pilihanraya,
kerusi-kerusi yang diperuntukkan kepada parti adalah kawasan-kawasan yang
didominasikan oleh KDM. Peranan kita di dalam BN juga lebih berkisar kepada
menyuarakan kepentingan Negeri Sabah dan masyarakat KDM itu sendiri.
7. Kita
juga sering menyuarakan isu-isu mengenai pendatang tanpa izin yang kini sedang
diberikan pertimbangan oleh Jawatankuasa Kabinet Persekutuan.
8. Kita
juga telah bekerja keras untuk memastikan Bahasa Kadazandusun dijadikan subjek
dalam kurikulum sekolah. Hari ini, sebanyak 435 buah sekolah mengajar Bahasa
Kadazandusun di 23 buah daerah dan dianggarkan seramai 30,000 pelajar sedang
mempelajari bahasa ini dengan seramai 735 orang guru yang terlibat.
9. Dalam
tempoh saya menjadi Ketua Menteri Sabah, Kerajaan Negeri telah memohon penubuhan
satu Kerusi Kadazandusun di Universiti Malaysia Sabah. Y.B Datuk Najib sebagai
Menteri Pendidikan ketika itu telah bersetuju dengan permohonan itu dan kerajaan
negeri pun meluluskan peruntukan sebanyak RM 2 juta untuk mewujudkan kerusi
tersebut. Kita juga memohon agar Bahasa Murut dimasukkan dalam kurikulum sekolah
dan pada tahun ini, saya telah memberi peruntukan awal bagi memulakan penubuhan
Pusat Bahasa Murut di Tenom.
10. Ketika menjadi Ketua Menteri
juga, Majlis Hal Ehwal Anak Negeri telah diwujudkan melalui satu enakmen yang
diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah. Ia akan menjadi asas kepada
pentadbiran adat istiadat anak negeri. Kita juga telah membangkitkan kepada
kepimpinan persekutuan akan rintihan dan rayuan bumiputera di Sabah dan Sarawak
mengenai pembahagian peluang-peluang ekonomi. Pada hari ini, kita bersyukur
kerana dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-3 (RRJP3) dan Rancangan Malaysia
Ke-8 (RMK8), satu perhatian khusus telah diberi terhadap rayuan kita itu. Kini,
Kerajaan Persekutuan telah memberi komitmen untuk menangani masalah kemiskinan
serta mengatasi masalah kekurangan penyertaan yang bermakna masyarakat minoriti
bumiputra di Sabah dan Sarawak dalam bidang perniagaan dan industri.
11. Demikianlah
latar belakang yang membawa kepada penukaran nama parti. Kita adalah amat
berguna kepada Barisan Nasional dengan mempergunakan tenaga dan fikiran kita
kepada isu-isu yang sebelum ini tidak diberi penumpuan sejak penubuhan Malaysia
lagi. Barisan Nasional adalah sebuah parti berbilang kaum yang terulung di
Malaysia dan kita juga sedang memainkan peranan yang sama sepertimana yang
dilakukan oleh UMNO untuk orang-orang Melayu, MIC untuk kaum India dan MCA untuk
masyarakat Tionghua di Semenanjung.
12. Tuan-tuan
dan puan-puan, pada pendapat saya, adalah tidak berbaloi jika kita berpura-pura
dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada BN dan negara dengan hanya menjadi
sebuah parti berbilang kaum sahaja, seperti juga masyarakat KDM yang
berpura-pura tidak memerlukan sebuah parti yang mereka tahu boleh memberikan
tumpuan terhadap isu-isu yang dekat di hati nurani masyarakat KDM itu sendiri. (To
my mind, it does not pay for us to pretend that we can serve the Barisan
Nasional and the nation better by a purely multiracial façade, in the same way
that the KDM community cannot pretend that they do not need a party that will
focus on the issues dear to their heart)
13. Tuan-tuan
dan puan-puan, golongan minoriti tidak boleh berharap akan dapat melakukan
perubahan, melainkan terpaksa menuruti peraturan-peraturan yang dibuat oleh
golongan majoriti. Ini dapat kita lihat pada jumlah populasi Malaysia seperti
berikut:-
|
MELAYU
|
11,680,421
|
|
CINA
|
5,691,908
|
|
INDIA
|
1,680,132
|
|
DAYAK
|
883,475
|
|
KDM
|
654,095
|
14. Dari
angka ini, saya menjurus kepada persoalan perpaduan. Semasa kita memutuskan
untuk mengubah nama parti bagi menggambarkan fokus baru perjuangan kita, kita
juga mengimbas kembali masa bermulanya politik kita itu. Berbalik kepada sejarah
pentadbiran politik Sabah, sebenarnya ia tidak jauh berbeza dengan apa yang
diamalkan oleh BN pada hari ini, di mana Sabah waktu itu diperintah oleh Parti
Perikatan. UPKO lama merupakan satu instrumen bagi masyarakat KDM ketika itu.
Malangnya ia dibubarkan atas alasan yang tidak perlu kita huraikan kembali.
Ketika itu, UPKO menjadi harapan dan kebanggaan masyarakat KDM dan sepatutnya
telah menangani isu-isu yang kini telah menjadi keprihatinan kita pada hari ini,
yang mana kalau UPKO tidak dibubarkan dahulu mungkin ianya telah lama
diselesaikan.
15. Berdasarkan
kepada pengajaran sejarah serta perihal keperluan yang tersirat bagi KDM, maka,
kita telah memutuskan untuk menghidupkan kembali UPKO. Lanjutan dari itu,
apabila menilai dari segi pertambahan ahli dan wajah-wajah yang kita lihat pada
hari ini, tidak syak lagi keputusan kita itu adalah tepat, tepat sejak dari awal
lagi !.
16.
With the change of name and
focus, we have embarked on a long journey of unity. Striving for unity is never
easy. It is like going to heaven. Everybody is convinced of the rewards that
await the traveler. However no one is prepared to take the one-way ticket.
17. Langkah
kita menuju perpaduan yang pada akhirnya akan mewujudkan
hanya satu parti tunggal yang akan mewakili KDM turut didorong oleh
pengalaman kita yang telah lama menganggotai Barisan Nasional.
18. Misalnya,
UMNO sebagai parti tunggal yang mewakili kepentingan Melayu kini merupakan satu
institusi bagi orang-orang Melayu. Begitu
juga dengan parti-parti lain dalam BN yang mewakili masyarakat Cina dan India.
Dalam hal ini, parti-parti komponen BN itu mempunyai perkara-perkara khusus yang
ingin diperjuangkan, serta boleh menumpukan tenaga mereka untuk mengukuhkan
kedudukan parti mereka sambil menyahut keperluan kaum yang diwakili mereka,
sekaligus memperkuatkan BN itu sendiri. Justeru
itu, dengan adanya satu parti tunggal untuk mewakili masyarakat kita, selain
kita dapat mengelak dari mengadakan permintaan yang bertindih, kita juga dapat
menyatukan tenaga dan fikiran dan mengelakkan percanggahan sesama kita.
19. Ladies
and gentlemen, very often during wedding parties as the 310 makes it round, I
come across excited people exhorting the virtues of the unity that we are
proposing and what is interesting, commenting that the BN is practicing a policy
of ‘divide and rule’ by keeping the Malays in one party and the rest in many
parties. With so many parties around, I can understand why people prefer wedding
parties.
20. Bagaimanapun,
secara serius kalaulah senario dalam BN hari ini mendorong kita kepada persepsi
‘divide and rule’, maka ia saya
kira adalah disebabkan oleh diri kita sendiri. Saya telah berpeluang berbincang
mengenai perkara ini dengan YAB Pengerusi Barisan Nasional dan beliau tidak ada
halangan, malah menggalakkan penggabungan parti. Pokok pangkalnya keputusan
tersebut terletak di tangan kita. Atas
dasar inilah kita telah mula mengadakan perbincangan awal dengan parti-parti
lain dalam BN. Malangnya buat masa ini dengan masalah yang melanda PBRS, yang
saya harap akan dapat diselesaikan dengan cepat, maka kita masih belum lagilah
dapat meneruskan perbincangan dengan mereka.
21. Tuan-tuan
dan puan-puan, PBS telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu tidak layak
berbincang mengenai perpaduan KDM dan tidak berminat dengan suara tunggal dalam
BN, dan oleh kerana mereka telah menyatakan pendirian yang jelas mengenai
perkara ini, maka kita menghormati keputusan itu.
22.
It
may eventually be left to us to soldier for that elusive unity. Let us be
perfectly clear that the unity we strive for is in the context of our
participation in the BN as a party and as the government in power in Malaysia.
The present arrangement cannot be without limitation of time. As we succeed in
the economic policies of wedding at inequalities and as the country progress to
new heights of success, the environment may become conducive for the BN to
become a multi-racial party with members of the present component parties
becoming directly members of the BN.
23.
This could happen as a ‘Bangsa
Malaysia’ emerge in the future, hopefully within our life time. In the
meantime I submit that our present formulas still the most vulnerable and I
repeat what I said 8 years ago – only time will prove us right !.
24. Tuan-tuan dan puan-puan,
saya ingin mengambil peluang ini untuk memperkatakan sesuatu mengenai
penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah dan mengapa kita menyokongnya. Ketika
YAB Perdana Menteri mencadangkan idea berkenaan beberapa tahun yang lalu, ia
adalah berasaskan kepada prinsip perkongsian kuasa. Apa juga kelemahan dalam
sistem ini, tiada seorang pun boleh menafikan bahawa sistem itu telah pun
memenuhi matlamat seperti yang dihajatkan. Dan dalam apa juga sistem yang
diperkenalkan, tidak akan dapat lari dari menerima kritikan. Malah, ramai pihak
telah banyak kali mengkritik penggiliran ketua menteri ini dengan nada yang
berbagai, yang boleh saya katakan sebagai ‘the
long-term chiefministership’ yang memerintah Sabah sebelum BN melaksanakan
penggiliran tersebut.
25. Persoalannya
ialah adakah Sabah berkeadaan lebih baik sepanjang tempoh pemerintahan Ketua
Menteri itu? Persoalan ini saya serahkan kepada hadirin sekalian untuk
memikirkannya. In the present system, the
Chief Minister today has a field day running commentaries both in private and
public, on what he perceives to have been committed or omitted by lesser souls
before him. If indeed he is correct, then the rotation system would have served
its purpose in providing the check and balances against excesses which would
have been perpetuated under a Chief Minister who occupied the position for very
long periods. Seperkara yang menarik untuk diperhatikan ialah berdasarkan
kepada pembahagian kerusi dalam pilihanraya lepas, seorang KDM atau seorang Cina
dalam sistem yang lain, tidak mungkin akan berpeluang untuk menjadi Ketua
Menteri. Inilah realiti sebenar kerana ia akan berdasarkan kepada siapa dapat
banyak, dialah yang menang.
26. Sebagai
salah sebuah parti dalam BN, kita tdak dapat menghalang BN daripada menghapuskan
sistem berkenaan. Memandangkan kita tidak mempunyai kuasa veto menghalang
penghapusan sistem itu, maka saya ingin memaklumkan kepada ahli-ahli parti
bahawa parti kita sebenarnya telah pun mengemukakan cadangan kepada kepimpinan
BN beberapa tahun yang lalu iaitu dalam keadaan jika bantahan kita tidak
diterima, kita meminta BN untuk meneliti sama ada kita telah dapat menyelesaikan
sepenuhnya isu-isu yang membawa kepada pelaksanaan polisi tersebut. Jika tidak,
maka pandangan kita ialah satu bentuk pengaturan baru perlu dibuat untuk
menangani isu tersebut. It cannot and
should not be a simple case of dropping the system in the manner you dispose
your garbage.
27. Tuan-tuan
dan puan-puan, kita telah mencadangkan satu sistem perkongsian kuasa dengan
terma-terma peranan dan perwakilan yang jelas untuk setiap kaum yang merangkumi
pelantikan jawatan dalam kerajaan, iaitu politik dan perkhidmatan awam serta
dalam pengagihan kek ekonomi. Jika ini tidak dilakukan, saya bimbang yang
menanggung kerugian dan kerumitan nanti ialah kaum-kaum minoriti dan kegagalan
kita menyelesaikan masalah-masalah itulah yang menyebabkan banyak parti-parti di
Sabah tumbuh bagaikan cendawan.
28. Saya
mengambil kesempatan pada malam ini untuk memperingatkan ahli-ahli agar dapat
memahami peranan sebagai ahli dalam sebuah parti politik seperti parti kita ini.
Kita
berada di sini kerana kita ada tujuan dan matlamat. Kita berada di sini bukan
untuk menunjukkan ego, menceburi sesuatu bidang perniagaan atau semata-mata
ingin menjadi ahli dewan undangan atau ahli Parlimen. Offices
of this nature are a means to an end and not the end itself. In other words you
are bestowed the honor of candidacy by the party in order that the objectives of
the party are served. Inilah
semangat yang hendak kita pupuk dalam parti kita. Kita harus menentukan hala
tuju kita dengan betul, betul dari awal-awal lagi.
29. Saya
juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang ada
di sini di atas sokongan dan dorongan kepada kepimpinan parti dalam usaha kita
menginstitusikan parti. This party cannot be the party of one man, or one man
and a women, or one woman and four men, as such a party will not pass the test
of time. The President, his deputy or any other official cannot outlive the
party. Its with this in mind that the dates of the meetings of the management
committee and the Supreme Council are fixed at the beginning of the year so that
the meetings and activities go on should the President be absent due to
unforeseen Circumstances. It is also an effort to bring home the point that the
yearly calendar of the Party Leaders revolves around the party calendar. In
short we are on the quest for a commitment from members otherwise membership in
the party becomes meaningless.
30. Tuan-tuan
dan puan-puan, dua minggu yang lalu, ahli-ahli Majlis Tertinggi serta ahli-ahli
lain telah menghadiri upacara pengkebumian Mendiang Datuk Gisin Lombut yang
telah berkhidmat kepada parti sejak ia ditubuhkan lagi. Sekali lagi saya
mengucapkan takziah kepada sanak saudara yang telah kehilangan beliau. Mendiang
adalah seorang pemimpin parti yang berdedikasi tinggi, malah sanggup
membelanjakan kewangan sendiri untuk membiayai perbelanjaan parti di Bahagiannya.
Demikian juga dengan Mendiang Senator Jinuin Jimin. Dan sudah tentu demikian
juga dengan anda semua yang turut melakukan pengorbanan yang serupa. Malah
adalah menjadi amalan di kalangan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang ada sekarang
untuk mengedarkan kotak pungutan derma semasa mesyuarat Majlis Tertinggi untuk
memungut derma kepada Ibu Pejabat Parti. Jumlah kutipan bukanlah penting sangat,
sebaliknya komitmen untuk bergerak maju serta kewajipan kita kepada parti adalah
maha penting.
31. Barangkali
amalan yang sama boleh dilaksanakan di peringkat bahagian. Ahli-ahli parti perlu
sedar dan memahami prinsip-prinsip
yang memandu ahli-ahli untuk lebih kepada sikap memberi daripada menerima
semata-mata. Sekali
lagi kita sentiasa harus ingat bahawa kita disini ada matlamat dan perjuangan.
32. Akhir kata, saya ingin
menyampaikan penghargaan dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Penganjur majlis
ini di atas usaha yang amat berjaya ini. Kepada Majlis Penasihat, saya
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana telah meluangkan masa untuk
bersama-sama dalam majlis kita pada malam ini. Sekian,
terima kasih. Misompuru
Tokou Wagu dan Selamat Berjuang !