:: DEFINISI
UPKO

United
Pasokmomogun Kadazandusun
Murut Organisation (UPKO)
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut
Bersatu
Pisompuruan Pasokmomogun Kadazandusun Murut
:: COGAN KATA UPKO

Let's Unite Again
Kita Bersatu
Kembali
Misompuru Tokou Wagu
:: LAGU UPKO

UPKO PARTI KITA
Gunung Kinabalu
Itulah lambang parti
kita
Berdiri megah
memuncak awan
Melambangkan semangat juang.......
UPKO Parti kita
Penggerak minda bangsa jaya
Membimbing rakyat jelata
Menuju ke puncak jaya
CHO:
Marilah bersatu padu
Bersama berganding bahu
Berjuang membela bangsa
Demi mencapai wawasan
UPKO Parti kita
Setia tetap padamu
Menjunjung wawasan negara
Membina bangsa
berjaya.
:: LENCANA


Lambang UPKO mengandungi dua unsur iaitu Gunung
Kinabalu berwarna biru tua dan
berlatarbelakangkan warna putih.
Gunung Kinabalu melambangkan perpaduan dan
identiti Anak Negeri Sabah. Gunung Kinabalu juga
melambangkan semangat dan keberanian Parti untuk
menghadapi segala rintangan demi untuk
mempertahankan hak-hak rakyat di negeri ini.
Disamping itu juga Gunung Kinabalu melambangkan
kepentingan bersama demi untuk mencapai satu
masyarakat berbilang kaum yang demokratik,
progresif, bermaruah, berfikiran bebas dan
sihat. Latarbelakang warna putih melambangkan
keamanan, kebebasan dan keadilan yang dinikmati
oleh rakyat Sabah disamping melambangkan wawasan
dan kemajuan.
:: BENDERA


Bendera parti mengandungi dua unsur iaitu Gunung
Kinabalu berwarna biru tua dan
berlatarbelakangkan warna putih. Skema warna
bendera pada keseluruhannya melambangkan budaya
politik Parti yang mengamalkan politik
perundingan, perkongsian bistari dan
menang-menang. Warna biru tua melambangkan
kepimpinan bersama dan perundingan tetapi tegas
dalam pembuatputusan dan tindakan untuk
mengatasi segala cabaran. Warna latarbelakang
putih melambangkan kesucian, keluhuran serta
keikhlasan dalam perjuangan untuk mencapai
wawasan, komuniti, negeri dan negara.
MEMOHON MENJADI AHLI UPKO
Borang permohonan menjadi ahli UPKO boleh
didapati di:-
Sesiapa yang ingin menjadi ahli hendaklah
mengemukakan permohonannya dalam borang yang
ditetapkan bersama dengan bayaran yuran masuk
dan yuran tahunan kepada Setiausaha Cawangan
dimana ia memohon untuk menjadi ahli.
:: YURAN KEAHLIAN

Setiap ahli hendaklah membayar Yuran Tahunan kepada
Ibu Pejabat Parti melalui Cawangan dan Bahagian.
1.
Yuran Tahunan seorang ahli ialah RM1.00.
2.
Yuran Masuk ialah RM2.00.
Pembayaran Yuran Tahunan kecuali pembayaran Yuran
Masuk ahli baru hendaklah dibayar dalam bulan
pertama setiap tahun kewangan.
:: HAK-HAK AHLI
Seorang ahli adalah berhak untuk:
-
Menghadiri dan bercakap dalam semua
mesyuarat-mesyuarat yang ia berhak untuk hadir.
-
Mengundi di semua mesyuarat yang ia berhak
mengundi.
-
Memegang jawatan yang ia boleh dipilih atau
dilantik dalam Parti.
-
Mempunyai hak masuk dan menggunakan dengan
munasabah akan kemudahan-kemudahan yang
diperuntukan oleh Parti.
:: KAD KEAHLIAN

-
Semua ahli hendaklah memiliki satu kad keahlian.
-
Kad keahlian
hendaklah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung.
-
Seorang ahli tidak akan diiktirafkan kecuali ia
memiliki kad keahlian dan telah membayar Yuran
tahunan semasa.
-
Majlis Tertinggi boleh membuat
peraturan-peraturan berhubung dengan Kad
Keahlian.
:: BORANG
KEAHLIAN UPKO

::
PERHUBUNGAN

|
ALAMAT |
: |
IBU PEJABAT UPKO
Lot 9 & 10, Tingkat 2 & 3,
New World
Commercial Centre,
Pekan Penampang,
Peti Surat 420,
89507 PENAMPANG, SABAH. |
|
SETIAUSAHA EKSEKUTIF |
: |
YBHG DATUK ALEX H. MARTIN |
|
TELEFON |
: |
088-718182,
088-721722,
088-721723, |
|
FAX |
: |
088-718170 |
|
EMAIL |
: |
upkohq@gmail.com |
|